Disini saya hanya nak kongsi perkataan yang boleh menyebabkan isu ini disalah erti.
Seperti:
Pengganas/penceroboh Sulu atau Rakyat Filipina atau Orang Sulu
Perkataan mana yang digunakan untuk describe pengganas/penceroboh ini?
Perkataan yang digunakan mesti jelas. Dalam isu ini yang saya faham, Malaysia menentang pengganas/penceroboh Sulu yang di Sabah itu sahaja. Bukannya menentang rakyat Filipina atau orang Sulu. Tidak semua rakyat Filipina yang menyokong pengganas Sulu ini. Tidak semua orang Sulu itu pengganas. Malah banyak warganegara Malaysia di Sabah itu bangsa Sulu. Plus, pastikah pengganas itu berkerakyatan Filipina?
Contoh 1, di pihak Filipina, sesetengah surat khabar di Filipina menulis rakyat Filipina di bunuh. Bila rakyat Filipina baca, tentu diorang salah faham dan melabelkan Malaysia kejam. Tetapi diorang tahukah rakyat Filipina itu dari kaum apa? Dan sebelum ini adakah mereka ambil berat tentang kaum ini? Adakah rakyat Filipina ini mewakili seluruh Filipina?
Contoh 2, di pihak Malaysia, banyak di timeline twitter seperti " Hei orang Sulu!! Mampus kau!!". Bila Orang Sulu di Malaysia atau Filipina yang tak terlibat dan tak bersalah baca, mesti diorang akan terasa.
Rasa macam banyak perkataan yang perlu dijelaskan tetapi bila taip, hanya satu je yang ingat.
Things to ponder...
1) Adakah sultan ini merampas Sabah untuk Filipina atau untuk Kesultanan Sulu?
2) Sejarah setiap negara akan terarah untuk membaikkan negara sendiri. Saya tidak pernah jumpa sejarah yang memburukkan negara sendiri. Sesiapa rajin cuba buka buku teks sejarah Malaysia dengan buku teks sejarah Filipina. Bandingkan topik yang berkaitan.









